Objektif program M.E.P.S Concept
- Membentuk keyakinan dan jati diri yang tinggi dikalangan pekerja untuk menceburi sepenuh hati bidang pekerjaan agar tidak mudah kecundang dengan tekanan kerja dan rakan setugas
- Mengajar peserta untuk menggunakan M.E.P.S CONCEPT ini yang mudah diingati untuk menjadi satu formula dalam kehidupan seharian dan pekerjaan sebagai pemangkin motivasi kendiri tanpa perlu mengharapkan orang lain untuk terus memberi sokongon moral dan galakan untuk berjaya.
- Membantu peserta untuk menjadi seorang individu/pekerja yang penuh berilmu dalam menghadapi cabaran dan rintangan asam garam bidang pekerjaan / kehidupan serta bersedia dari mengalami kejutan budaya yang indah khabar dari rupa berbanding realiti sebenar dunia pekerjaan.
- Membantu peserta mempunyai daya juang, daya saing, daya tahan dan kekuatan secara Mental, Emosi dan Spiritual, Fizikal serta hubungan sosial yang mampat dan ampuh untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang telah berjaya.
- Benar-benar dapat melahirkan individu yang cemerlang dan ada kesungguhan untuk terus bertahan sehingga mampu mempunyai mata pencarian yang stabil dari usaha ini.
- Memberi pengetahuan asas yang kukuh aspek-aspek penting bidang asas berdikari dan berjuang dalam industri masing-masing. Memahami apa yang mereka buat dan mengetahui apa kah syarat-syarat dan kualiti menjadi seorang yang cemerlang dan mampu berfikir diluar kotak fikiran.