3 FOKUS UTAMA ILMU MEPS CONCEPT

 

1.     Kesedaran dan kemahuan melakukan ANJAKAN PARADIGMA

2.     Kesedaran dan kemahuan untuk keluar dari  ZON SELESA

3.     Kesedaran dan kemahuan untuk MEMAKSIMAKAN  POTENSI DIRI

 

Ini adalah 3 fokus utama pengajaran ilmu M.E.P.S. Ini adalah kunci kekuatan dan kejayaan seseorang dan ia harus diterapkan dalam setiap program yang dilakukan. Sekiranya seseorang peserta mampu menghayati 3 modul utama ini , maka akan mudahlah individu tersebut menghayati apa juga program, krusus dan modul lain yang hendak diterapkan.

 

M.E.P.S CONCEPT HOLDINGS SDN BHD selaku konsultan biasanya mencadangkan agar penganjuran Kursus Latihan M.E.P.S dibuat dengan terancang dari pengendalian kursus, bengkel, projek dan majlis graduasi dianjurkan dengan sempurna untuk mendapatkan impak yang berkesan dan dinamik serta mengkhusus kepada visi dan misi korporat syarikat sebagai klient. M.E.P.S CONCEPT pada kebiasaannya merupakan program yang dibuat secara terperinci dan ‘customized” atau “tailor made” untuk para pelanggan kami. Semuanya berdasarkan “Training Needs Analysis (TNA)” terlebih dahulu dan baharulah di sudahkan dengan modul yang dicipta khas untuk sesebuah syarikat atau mana-mana pelanggan yang berminat.

 

 Pada keseluruhannya boleh di katakan setiap modul telah mencapai sasaran TNA dan kepuasan dari aspek kejayaan perlaksanaan serta keberkesanan terhadap pelanggan.