Pengenalan M.E.P.S Concept

Konsep M.E.P.S ini telah dicipta oleh (Dr) Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir sejak tahun 1996 dan telah banyak diguna pakai oleh pelbagai pihak yang mengikuti program-program motivasi kendalian beliau. M.E.P.S konsep ini juga menjadi perhatian dunia apabila ia diguna pakai dengan jayanya oleh beliau dalam mengharungi Ekspedisi Antartika 2004 dan Ekspedisi Kutub Utara 2007 sehingga mencipta rekod dunia sebagai umat Islam pertama merentasi kedua-dua kutub. Pengalaman sendiri ini merupakan satu testimoni yang sangat menyakinkan. Konsep M.E.P.S mengajar penggunaan kuasa mental yang positif dan dapat menggerakkan perasaan yang juga positif sehingga mampu melakukan satu tindakan yang bijak dan produktif serta mendapat hasil sosial yang dinamik.